Skip to main content

Posts

Showing posts from 2019

Manfaat Madu Kepada Manusia

ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya menghasilkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya. Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya. Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit. Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk pen

Keistimewaan Madu Menurut Pandangan Ulamak Islam

Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu lebah. Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,"Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah. Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:"Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir. Manakala Dr Rihab 'Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah) Keistimewaan lebah ini telah diab

MAKSUD MADU

Madu ialah sejenis manisan dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu (genus Apis) ialah yang paling selalu menjadi rujukan dan jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia.    Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan.  Lebah madu menukarkan nektar kepada madu melalui proses regurgitasi, dan menyimpan ia sebagai sumber makanan utama dalam lilin sel kom dalam haif mereka. Amalan ternakan lebah menggalakkan penghasilan lebihan madu di haif agar lebihan madu tersebut boleh dituai dari koloni.   Madu mendapat rasa manis daripada fruktosa monosakarida dan glukosa. Ia mempunyai rasa manis hampir sama dengan gula kasar. Ia mempunyai sifat kimia yang menarik sesuai untuk pembuatan roti, dan satu rasa tersendiri yang membuatkan sesetengah orang menyukainya berbanding gula dan pemanis yang lain. Kebanyakan mikroorganisma tidak hidup dan membesar dalam madu kerana kurangnya ak

Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk” Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.” Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali. Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan) Abu Hurairah r.a. daripada Nabi

Khasiat Madu Kelulut

Madu Kelulut adalah madu yang terbaik untuk diamalkan kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit. Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa. Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.   Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika

Madu Sebagai Ubat Segala Penyakit

Dalil dari AL QURAN Mengenai Kebaikan Madu Lebah وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69) }  “. Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang

Kebaikan Madu Menurut Kajian Saintifik

              Madu lebah mengandungi gula asli iaitu glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.   Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.   Menurut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembi