Skip to main content

Keistimewaan Madu Menurut Pandangan Ulamak Islam


Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu lebah.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,"Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.
Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:"Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.
Manakala Dr Rihab 'Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)
Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.

Comments

Popular posts from this blog

Hadis Dan Ungkapan Kata-Kata Para Sahabat Dan Para Ulamak Mengenai Madu Lebah

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda ” Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk” Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.” Rasulullah s.a.w. meminum madu itu sebelum makan pagi yang dibantu dengan air. (air yang hendak digunakan untuk dicampurkan dengan madu itu hendaklah disimpan semalaman di dalam suatu bekas sebagaimana yang disukai oleh Rasulullah s.a.w.)Pada tiap-tiap pagi campurkanlah air ini dengan sesudu madu lalu diminum dengan membaca selawat ke atasnya sebanyak tiga kali. Dari Ibnu Umar r.a., sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: “Nikmat yang pertama-tama kali akan diangkat dari bumi ialh madu”( Dari Kita As-Bahan terjemahan oleh Ahmad Al-Hasan) Abu Hurairah r.a. daripada Nabi

Khasiat Madu Kelulut

Madu Kelulut adalah madu yang terbaik untuk diamalkan kerana kajian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menunjukkan madu kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia. Menurut Prof. Madya Dr. Md. Azman Seeni Mohamed, pengambilan madu kelulut setiap hari menjadikan seseorang tidak mudah letih serta kandungan antioksidan dalam madu kelulut lebih tinggi berbanding madu lebah biasa. Ini dikatakan lebih baik untuk membantu mencegah sesuatu penyakit. Tambahnya, komposisi komponen flavonoid dan finolik juga tinggi berbanding dalam madu kelulut tersebut selain berupaya membantu penghidap gastrik untuk berpuasa. Pengambilan madu kelulut terutama pada bulan Ramadan membantu seseorang kekal bertenaga serta mampu melaksanakan ibadah itu tanpa rasa letih sepanjang hari.   Selain itu, pelbagai khasiat madu kelulut yang lain dalam aspek kesihatan termasuk membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit menjadikannya pilihan ketika

Madu Sebagai Ubat Segala Penyakit

Dalil dari AL QURAN Mengenai Kebaikan Madu Lebah وَأَوْحَى رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ (68) ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلا يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (69) }  “. Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang