ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya menghasilkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.
Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.
Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut.
Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.
Comments
Post a Comment