ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya menghasilkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya. Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya. Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit. Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk pen
Blog ini menerangkan keistimewaan dan manfaat yang diperoleh dari madu menurut Al-Quran dan hadis serta kajian saintifik berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "tetaplah kamu dengan dua penyembuhan iaitu madu dan Al-Quran".